Ketahui Potensi Anda Melalui Ujian Radar Personaliti Vokasional Ini. (Ujian Jenis Personaliti)

Ujian Jenis Personaliti

Ujian ini berdasarkan teori jenis personaliti yang dicipta oleh Carl Jung dan Isabel Briggs Myers. Ujian ini bertujuan untuk mencari kecenderungan paling semula jadi anda. Sila JANGAN fikir tentang situasi anda, rakan-rakan, keluarga, rakan sekerja dsb. Pilihan yang didapati tidaklah memandang tinggi mahupun rendah kepada seseorang, setiap jenis mempunyai + dan -.

Anda perlu menjawab semua soalan. Mungkin kedua-dua pilihan boleh menggambarkan anda, tapi anda perlu memilih pilihan yang terbaik menggambarkan diri anda yang sebenar.

Keperibadian dan Diri

Lagi

INTP

Pemikir - Menganalisis masalah secara mendalam dengan kepintaran.
Anda sentiasa cuba untuk mencari penjelasan yang logik untuk sesuatu yang anda berminat dengannya. Anda sukakan perkara yang abstrak dan secara teori. Anda mempunyai lebih minat dalam perakuan berbanding komunikasi sosial dengan orang lain. Anda tenang, terjaga, fleksibel dan bertolak ansur. Anda mempunyai kebolehan luar biasa untuk melakukan kajian mendalam. Anda agak skeptikal yang menyebabkan anda selalu menganalisis masalah. Kadang-kadang anda cenderung untuk berkelakuan sedikit kasar dan tiada belas kasihan.
Selebriti INTP: Albert Einstein, Ahli Fizik.

ENTP

Penyampai - Menukarkan idea menjadi keinginan ramai orang.
Anda lincah, pintar, sentiasa berjaga-jaga, berterus terang dan bagus dalam memotivasikan orang lain. Anda dapat menggerakkan kesemua sumber untuk menyelesaikan cabaran baru. Anda tahu bagaimana untuk mencari kemungkinan abstrak dan menganalisis menerusi pemikiran strategik. Anda mempunyai kebolehan yang kuat untuk membaca reaksi dan sikap orang lain. Anda tidak hanya berpuas hati dengan kehidupan yang biasa-biasa. Anda jarang melakukan perkara sama yang berulang-ulang kali, dan sering beralih dari satu minat ke satu minat yang lain.
Selebriti ENTP: Socrates, Ahli Falsafah.

ENTJ

Eksekutif - Semuanya dalam keadaan terkawal.
Anda seorang yang jujur, tetap pendirian dan dilahirkan dengan sifat kepimpinan. Anda dengan pantas dapat mengenalpasti kaedah dan prosedur yang tidak logik dan tidak cekap. Anda dapat terus menerus menambah dan menghasilkan sistem baru untuk menyelesaikan masalah organisasi. Anda suka membuat perancangan jangka panjang untuk diri sendiri dan melaksanakannya dengan ikhlas. Anda sangat berpengetahuan dengan pandangan yang luas. Anda juga suka menyampaikan pendapat anda kepada orang lain.
Selebrity ENTJ: Napoleon Bonaparte, Maharaja.

INTJ

Pakar - Unik dan mengejar kecemerlangan
Anda mempunyai banyak idea kreatif. Anda selalu cuba untuk menukar idea anda menjadi realiti dan anda tanpa lelah cuba untuk mencapai matlamat anda anda anda telah tetapkan untuk diri anda sendiri. Anda boleh memahami model konotatif tentang dunia luaran dengan perspektif jangka panjang. Sekali anda memberikan komitmen, anda akan merancang untuk menyempurnakannya. Anda seorang yang sangat berdikari dan skeptikal. Anda sentiasa mempunyai piawaian yang tinggi sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.
Selebriti INTJ: Isaac Newton, Ahli Fizik.

ENFJ

Pemberi - Memaksimumkan potensi semua orang.
Anda seorang bersemangat, bertanggungjawab, suka ambil berat dan penyayang. Anda melihat bersungguh-sungguh akan emosi, keperluan dan motivasi orang di sekitar anda. Anda boleh menemui potensi dalam diri orang lain dan mahu membantu mereka memaksimakan potensi mereka. Anda sentiasa menggalakan pekembangan peribadi dan pertumbuhan dalam pasukan. Anda seorang yang sangat sensitif terhadap pujian dan kritikan. Anda melayan semua orang dengan kesetiaan, dan mempunyai kecergasan sosial yang tinggi dan bekerjasama dengan baik dengan orang lain. Anda seorang ketua yang sangat berpengaruh yang boleh menstimulasi orang lain dengan mudah.
Selebriti ENFJ: Martin Luther King, Jr., Aktivis Hak Sivil

INFJ

Pembimbing - Membawa cahaya ke dalam kegelapan
Anda selalu mencuba untuk mencari makna mendalam dalam pemikiran anda, hubungan anda dengan orang lain dan kehidupan materi. Anda cuba untuk memahami motivasi orang lain dan mempunyai pandangan yang tajam mengenai orang lain. Anda sangat teliti apabila melakukan sesuatu dan sangat setia terhadap nilai anda sendiri. Visi anda ialah untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada semua orang. Dalam pada anda menyempurnakan matlamat ini, anda kekal berani, berpendirian tetap dan teratur.
Selebriti INFJ: Plato, Ahli Falsafah.

ENFP

Pencadang - Segalanya mungkin.
Anda penuh dengan semangat dan mempunyai imaginasi yang kuat. Kehidupan bagi anda adalah penuh dengan kemungkinan. Anda dengan cepat dapat menemui hubungan dalam semua jenis maklumat atau perkara, dan menguruskan hal secara sulit berdasarkan corakyang anda jumpai. Anda sangat berhasrat untuk mendapat pengesahan daripada orang lain dan anda juga agak murah hati dengan pujian dan sokongan terhadap orang lain. Anda sangat kasual dan fleksibel. Anda diberikan kelebihan dengan kefasihan yang luar biasa dan kemampuan untuk menambahbaik.
Selebriti ENFP: Tom Hanks, Pelakon Amerika.

INFP

Ahli Falsafah - Hidup dalam dunia ideal anda sendiri.
Anda seorang idealis. Anda tetap berpegang kepada nilai anda, begitu juga orang-orang yang penting bagi anda. Anda berharap untuk hidup dalam dunia yang akan sepadan dengan nilai anda sendiri dengan tepat. Anda sangat ingin tahu tentang dunia. Anda selalu mampu untuk untuk mencari lebih banyak kemungkinan dan mendorong diri anda sendiri dan orang lain untuk menjadikan idea-idea ini suatu realiti. Anda cuba untuk memahami individu lain dan membantu mereka untuk memaksimakan potensi mereka. Apabila tiada yang mengancam nilai anda sendiri, anda agak fleksibel dan bagus dalam menerima orang lain.
Selebriti INFP: J.K. Rowling - Penulis siri buku 'Harry Potter'

ESTP

Tindakan Lebih Utama - Menyelesaikan masalah di sekeliling dengan sepenuh tenaga.
Anda agak kasual dan bersifat inklusif. Anda suka menyelesaikan masalah yang praktikal dan penyelesaian anda selalunya berkesan serta merta. Anda bosan dengan teori dan konsep, dan suka belajar melalui latihan dan <i>hands-on</i>. Anda berharap untuk menyelesaikan masalah dengan sepenuh tenaga. Bagi anda, saat semasa digabungkan dengan aliran semulajadi mempunyai kepentingan yang tinggi. Anda menikmati setiap saat apabila anda berada di sekitar otang lain. Anda juga cenderung untuk menikmati keseronokan dan keselesaan yang dibuat daripada dunia material.
Selebriti ESTP: George W. Bush

ISTP

Pereka - Memerhati dengan tenang tetapi bertindak pantas.
Anda seorang yang sangat penyabar dan fleksibel. Biasanya anda seorang pemerhati yang tenang tetapi jika ada sesuatu masalah, anda cuba untuk mencari jalan penyelesaian secepat mungkin. Anda selalu menganalisis bagaimana sesuatu perkara boleh menjadi lebih cekap dan menyelesaikan masalah yang praktikal dengan sokongan data yang banyak. Anda sangat berminat dengan punca dan kesan terhadap sesuatu yang berlaku. Anda menyusun fakta dengan prinsip yang objektif dan logik. Anda letakkan kepentingan yang besar kepada kecekapan dan kebajikan.
Selebriti ISTP: Steve Jobs, Pengasas Apple

ESFP

Pelakon - Kehidupan adalah pentas anda.
Anda seorang yang peramah, mudah berkawan dan bersifat terbuka. Anda sayang kehidupan anda dan menikmati keselesaan dunia material. Anda suka mencipta perkara baru dengan orang disekeliling anda. Anda membawa persepsi yang tajam dan sikap yang praktikal ke dalam kerja anda, yang bermaksud ianya akan dipenuhi dengan kegembiraan. Anda seorang yang sangat kasual, dan anda menikmati perkara yang berlaku secara semula jadi. Anda juga cenderung untuk menerima keadaan dan orang-orang baru dengan cepat. Apabila anda bekerjasama dengan orang lain, anda dapat belajar kemahiran baru dengan pantas.
Selebriti ESFP: Leonardo DiCaprio, Pelakon

ISFP

Artis - Paparkan hasil kerja anda yang kelihatan untuk dunia dalaman yang terisi sepenuhnya.
Anda seorang yang pendiam, mudah berkawan dan lemah lembut. Anda hidup seadanya dan menikmati semua yang berlaku disekeliling anda. Anda suka mempunyai ruang sendiri dan melakukan perkara mengikut masa anda sendiri dalam kelajuan yang anda sukai. Anda tetapkan hati anda dan kekal setia kepada orang yang penting bagi diri anda. Anda mengelak daripada terlibat dalam konflik dan percanggahan, dan tidak memaksa orang disekeliling anda menerima pemikiran dan nilai anda.
Selebriti ISFP: Lady Gaga, Penyanyi dan penulis lagu

ESTJ

Pelayan - Memastikan perkara berjalan dengan lancar dan teratur.
Anda seorang yang sangat praktikal dan realistik, dan juga tegas dan tetap pendirian. Sekali anda membuat keputusan, anda akan bertindak segera. Anda bijak mengagihkan projek dan menyusun sumber bahan dan sumber manusia yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Anda berharap untuk mencapai matlamat anda dalam cara yang paling berkesan. Anda boleh mengendaikan butiran harian dengan baik. Anda mempunyai piawaian yang jelas dan logik dan anda akan bertegas untuk melakukannya. Sementara itu, anda berharap orang lain dapat mencapai piawaian anda juga. Anda mempunyai kebolehan untuk kekal mengikut jadual anda tanpa goyah.
Selebriti ESTJ: Emma Watson, Pelakon

ISTJ

Pemeriksa - Bertingkah laku menurut peraturan sedia ada dengan penuh teliti dan berhati-hati.
Anda seorang yang pendiam dan serius. Anda cenderung untuk menang dengan sifat kebaikan anda: bertimbang rasa dan berhati-hati dalam berfikir, begitu juga personaliti yang jujur. Anda seorang yang realistik, pragmatik, dan berdedikasi. Anda membuat keputusan apa yang anda patut lakukan secara rasional dan kemudian anda akan mencapai matlamat anda tanpa sebarang gangguan tumpuan. Anda suka untuk menyusun perkara dalam gaya yang teratur. Sama ada di tempat kerja, atau rumah atau dalah kehidupan harian anda, anda akan mengambil kira tentang tradisi dan kesetiaan.
Selebriti ISTJ: George Washington, Jeneral dan Presiden Amerika Syarikat

ESFJ

Pengasuh - Dengan penuh semangat membantu orang lain menguruskan segala-galanya
Anda mempunyai hati yang baik dan bagus dalam bekerjasama. Anda mengejar keharmonian dan bekerja keras mencuba untuk membina persekitaran sebegini. Anda suka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan orang lain dengan cara paling jitu dan tepat pada masanya. Anda sentiasa setia dan mengambil berat dengan berhemat terhadap orang lain. Anda boleh melihat setiap keperluan orang lain dalam kehidupan harian mereka dan sentiasa mencuba yang terbaik untuk memuaskan mereka. Anda berharao agar orang lain dapat menghargai kewujudan anda dan semua perkara yang anda lakukan untuk mereka.
Selebriti ESFJ: Anne Hathaway, Pelakon

ISFJ

Penjaga - Menjaga orang lain dengan berhati-hati dan penuh timbang rasa.
Anda seorang yang pendiam, ramah, bertanggungjawab dan serius. Anda sering berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan kepada anda secara konsisten dan boleh diharap. Anda seorang yang tegas, berhati-hati dan tepat semasa menguruskan setiap perkara. Anda sangat setia dan bertimbang rasa. Anda perasan dan ingat setiap perincian dan orang yang penting bagi anda. Anda peduli tentang perasaan orang lain dari sudut hati yang paling dalam. Dalam kedua-dua kehidupan dan pekerjaan, anda berusaha untuk menjadikan keadaan aman dan harmoni.
Selebriti ISFJ: Putera Charles, Kerabat Diraja U.K., berkahwin dengan Camilla Parker Bowles, pernah berkahwin dengan Puteri Diana, anak lelaki Permaisuri Elizabeth II, bapa kepada William dan Harry

Pemberitahuan: tujuan ujian ini adalah untuk mencari kecenderungan semula jadi anda. Ianya hampir sama dengan pertanyaan jika anda seorang yang menulis dengan tangan kanan atau kiri, dan peratusan keputusan hanya didapati berdasarkan seberapa pasti anda tentang sama ada anda seorang mahir menggunakan tangan kanan atau tangan kiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan karakter masing-masing. Sebahagian kecenderungan mungkin dapat dilihat dengan jelas, tapi sebahagian lagi mungkin tidak. Apabila jenis karakter anda telah dipastikan, peratusan tidak semestinya penting. Pastinya, tiada sesiapa yang boleh menjadi 80% introvert, begitu juga tiada seorang pun boleh jadi 80% mahir tangan kiri. Tidak ada ciri-ciri yang baik atau jahat. Mengenali diri anda bukan untuk melabel diri anda, tetapi untuk mengembangkan kelebihan anda dan mengawal kekurangan anda.

Introvert / Extrovert
Anda mendapat tenaga anda daripada perkara di mana anda tumpukan perhatian anda

Anda adalah Introvert yang cenderung mengambil berat tentang bagaimana perubahan keadaan luaran mempengaruhi anda: anda beri tumpuan kepada daya psikologi anda dan perhatian kepada dunia dalaman anda, dan anda fokus kepada pengalaman dalaman anda, fikiran, idea dan emosi. Anda lebih suka untuk berfikir sendiri dan sering membaca.

Orang lain adalah berbeza daripada anda, Extrovert Anda cenderung mengambil berat tentang bagaimana anda mempengaruhi keadaan luaran: anda beri tumpuan kepada daya psikologi anda dan perhatian kepada dunia luar dan komunikasi dengan orang lain dengan cara membuat perjumpaan, perbincangan dan perbualan.

Sensasi / Gerak hati
Apa yang anda lebih perhatikan apabila anda menerima dan melihat maklumat daripada alam sekitar.

Anda adalah Mengikut Gerak Hati yang cenderung memberi perhatian kepada teori dan prinsip abstrak. Anda mengambil berat tentang keseluruhan perkara dan menikmati kecenderungan terhadap perubahan dan perkembangan. Anda mengambil berat tentang inspirasi, imaginasi dan kreativiti. Anda suka implikasi, analogi, perhubungan, kebarangkalian, inferens dan ramalan.

Orang lain adalah berbeza daripada anda, Mengesan Anda cenderung mengambil berat tentang butiran maklumat yang didapati melalui persepsi deria: perkara yang anda lihat, dengar, hidu, rasa, dan sentuh. Anda cenderung untuk lebih memerhati butiran perincian dan penerangan. Anda suka menggunakan dan mengembangkan kemahiran yang anda sudah ada.

Berfikir / Merasa Perasaan
Bagaiman anda membuat keputusan

Anda adalah Pemikir yang cenderung memberi perhatian kepada hubungan yang logik antara perkara. Anda suka menilai dan membuat keputusan melalui analisis objektif. Anda sangat rasional, mempunyai objektif dan adil. Anda fikir prinsip adalah lebih penting daripada menjadi fleksibel.

Orang lain adalah berbeza daripada anda, Berperasaan Anda cenderung meletakkan kepentingan yang utama kepada perasaan terhadap diri anda sendiri dan orang lain. Nilai dan keharmonian akan menjadi piawaian anda untuk penilaian. Anda seorang yang sangat mudah simpati, baik hati, mudah berkawan dan bertimbang rasa. Anda selalu fikirkan tentang bagaimana sikap anda boleh memberi kesan kepada perasaan orang-orang disekeliling anda.

Menilai / Pemerhati
Bagaimana anda menyusun dan mereka bentuk kehidupan.

Anda adalah Pemerhati yang cenderung mengumpul lebih banyak maklumat sebelum anda membuat keputusan. Jadi anda cuba untuk memahami dan mengadaptasi. Anda fokus pada proses dan ubah matlamat anda berdasarkan perubahan maklumat. Anda selalu membenarkan keadaan yang tidak dijangka berlaku dalam kehidupan harian anda. Anda sukakan gaya hidup yang longgar dan bebas,yang mungkin sedikit tidak terurus.

Orang lain adalah berbeza daripada anda, Mengadili Anda cenderung suka membuat pertimbangan dan keputusan. Anda suka membuat rancangan dan suka untuk mengurus, mengawal dan berusaha keras untuk mendapatkan hasil. Anda fokus dalam menyempurnakan tugasan. Dalam kehidupan harian anda, anda cenderung untuk membuat kerja dalam keadaan tersusun dan teliti, dan anda menghormati garis masa.