Ujian Personaliti Lima Utama
Model Personaliti Lima Utama di ambil kira secara meluas sebagai cara yang paling mantap untuk menghuraikan perbezaan personaliti.
Inventori sebanyak 25 soalan ini adalah berdasarkan senario yang kami reka, di mana anda seorang graduan yang mencari pekerjaan. Ambil kuiz ini untuk mengetahui tentang personaliti anda melalui Model Lima Utama, anda akan melihat bagaimana anda digambarkan melalui 5 dimensi utama personaliti: Keterbukaan, Kesedaran, Kesepakatan, Bersifat sosial, dan bersifat neurotik.
- Anda akan menghadiri temuduga yang sangat penting pada hari Sabtu. Anda akan:Relaks atau lakukan sesuatu yang menyeronokkan.Tidak dapat tidur kerana anda bimbang tentang kesalahan yang anda mungkin lakukan.
- Anda datang ke tempat temuduga diadakan setengah jam lebih awal, dan melihat beberapa calon yang lain di ruang menunggu. Apakah yang anda akan lakukan?Berbual dengan mereka tentang temuduga, syarikat dan jawatan yang ditawarkan.Cari tempat yang agak jauh dari calon lain, berehat dan bersedia untuk temuduga.
- (Semasa temuduga) Bahagian temuduga ini adalah perbincangan berkumpulan tanpa ketua di antara kesemua tujuh orang calon. Anda akan:Merendah diri dan berbudi bahasa.Cuba yang terbaik untuk menunjukkan kemampuan dan kepimpinan anda, ini bukan masanya untuk menahan diri daripada menunjukkan apa yang anda boleh lakukan.
- (Sekarang tiba masa untuk temuduga berasingan) Penemuduga bertanya tentang kemahiran anda. Anda:Bercakap tentang begitu banyak kemahiran yang berbeza.Fokus kepada satu atau dua kemahiran, dan bercakap tentang kecekapan anda dengan mereka.
- Penemuduga bertanya: "Bagaimana anda menangani kekecewaan dalam hidup anda?". Cara anda berfikir tentang kekecewaan sebenarnya ialah:Pengalaman yang mengecewakan boleh menjadi lebih baik melalui sikap anda, dan pada akhirnya menjadi pengajaran.Ia membuatkan anda kelam-kabut, meragam, dan keletihan
- Anda mendapati bahawa pekerjaan ini memerlukan banyak interaksi dengan orang lain, jadi anda berfikir sendiri:"Terbaik, itulah yang memang saya mahukan.""Saya lebih suka bekerja bersendirian dan mungkin bukan orang yang betul untuk pekerjaan ini."
- Sama ada anda dapat pekerjaan ini atau tidak, anda mahu:Kerja dalam suasana pantas. Anda boleh menguruskan beberapa kerja dalam masa yang sama.Kerja dalam suasana yang lebih perlahan. Walaupun kerja harian agak membosankan, anda suka perasaan menguasai sesuatu tugasan dan menjadi yang terbaik dalam melakukannya.
- (Di akhir temuduga) Anda tidak fikir anda selesai dengan baik. Sikap anda ialah:Saya tidak berguna, dan sekarang saya rasa kecewa.Okey, tak apa, mari cuba yang seterusnya!
- Awal pagi hari Ahad, anda terbangun dari tidur disebabkan rakan yang tidak diundang Husna, yang berjalan masuk ke bilik anda dan berkata:βAwak memang patut kemas rumah awak, ianya nampak macam tongkang pecah!ββWahβ¦β¦rumah awak nampak sangat kemas. Bagaimana awak lakukannya?β
- Bos anda bertanya jika anda telah menyiapkan dokumen yang dia perlukan. Anda:Telah menyaipkan dokumen tersebut dan menyerahkannya.Meminta maaf, kerana tidak tahu dia perlukannya segera. Anda berjanji kepadanya yang anda akan siapkan dalam masa dua hari.
- Pada hari Sabtu, anda minum pagi bersama rakan dan bos anda, Husna. Dia mahu anda menghadiri majlis untuk membina rangkaian. Dia tidak pernah menghadiri majlis seperti itu sebelum ini, tetapi anda pernah. Apakah yang anda akan lakukan?Beritahu dia yang anda akan menemaninya - anda tidak mempunyai rancangan lain pada hari ini.Menolak pelawaannya kali ini, berbohong kepadanya yang anda mempunyai hal lain yang perlu dilakukan hari ini.
- Katakanlah anda membuat keputusan untuk menemani Husna. Sebab utama mengapa anda bersetuju ialah:Anda boleh dapatkan lebih banyak sumber rangkaian sosial, mungkin anda dapat berjumpa beberapa kenalan yang bermanfaat.Anda kawan baiknya, dan mahu membantu dia.
- Husna rasa gembira dengan keputusan anda untuk pergi bersamanya, dan berkata:"Saya dah agak awak akan setuju, tapi ingat, kadang-kadang ianya OK untuk berkata "Tidak".Terima kasih kerana setuju, selalunya susah untuk pujuk awak.
- Selepas majlis itu, Husna mahu pergi ke pameran seni, apa pendapat anda?"Seriuslah? Saya tidak begitu berminat. Macam mana dia boleh tak tahu hal ini?"Dengar macam menyeronokkan! Saya suka seni!"
- Anda terserempak dengan Hakim di pameran seni itu, yang anda kurang suka dengannya. Anda:Cuba berbuat baik dan bersopan.Abaikan dia dan melihat-lihat sekitar pameran itu.
- Selepas melihat pameran, Husna mencadangkan untuk pergi ke taman tema permainan. Anda:Rasa kurang selesa. Husna perlu belajar menikmati waktu bersedirian. Tetapi akhirnya bersetuju untuk pergi.Bersetuju. Saya sukakan taman tema permainan!
- Sekarang anda berada di taman tema permainan. Memilih antara permainan yang baru dan klasik, anda selalu pilih:Permainan baru, semestinya. Ia boleh jadi sangat menyeronokkan!Permainan yang klasik! Ianya klasik kerana ia yang terbaik!
- Seorang budak mentertawakan Husna semasa dia bermain kereta langgar. Anda berkata: "Ah, awak selalu menggembirakan kanak-kanak.β Bagaimanakah agaknya reaksi Husna?"Sekurang-kurangnya kanak-kanak sukakan saya.""Sama seperti awak, awak selalu buat orang sekeliling awak gembira!"
- Semasa anda beratur, seorang lelaki muda menyelit di sebelah anda dengan kurang sopan dan memijak kaki anda. Dia nampak reaksi wajah anda dan minta anda untuk "Relaks". Apakah yang anda lakukan?Beritahu dia dengan suara yang kuat yang anda memaafkannya.Tinggalkan barisan, anda tidak mahu sebarang drama.
- Anda telah bersedia untuk pulang akhirnya. Seorang rakan sekerja menelefon anda semasa anda baru saja masuk ke dalam kereta dan memberitahu terdapat kerja mendesak dan anda perlu datang ke pejabat secepat mungkin. Apa yang anda fikirkan?Tidak! Cukuplah! Hujung minggu saya setakat ini seperti hari Isnin yang panjang!Ia kedengaran mendesak, dan menjadi sebahagian daripada kerja saya. Saya mesti pergi ke sana cepat.
- Selepas menguruskan hal kecemasan, rakan sekerja anda mahu berbincang tentang projek. Apa yang anda fikirkan?Saya penat, mari kita berbincang dalam waktu bekerja.Saya berminat untuk mendengar pendapatnya.
- Anda akan melakukan perjalanan perniagaan ke sebuah pejabat mewah di London. Anda tidak pernah pergi ke sana sebelum ini. Anda akan berfikir sendiri:βWah, ini memang hebat. Saya tidak sabar!"βPerniagaan adalah perniagaan, tidak kira apa yang berlaku.β
- Rakan sekerja anda salah faham dengan arahan bos anda semasa mesyuarat pasukan. Anda:Tunjukkan semasa mesyuarat. Kecekapan pasukan ialah keutamaan.Beritahu kepadanya selepas mesyuarat, dengan sopan dan lemah lembut.
- Selepas mesyuarat berturut-turut yang pertama berakhir, terdapat masa yang agak panjang sebelum mesyuarat seterusnya bermula. Anda mungkin akan:Melayari beberapa laman web, cuba untuk mengetahui lebih lanjut tentang klien seterusnya yang anda bakal berjumpa.Bermain Teka Silangkata, dan tidak berasa tertekan tentang mesyuarat seterusnya.
- Semasa anda berbaring untuk tidur, anda memikirkan tentang kerja, kawan-kawan dan kehidupan anda secara umumnya. Anda rasa:Berharap sesuatu yang baik untuk masa depan anda.Resah dan sedikit rasa kecewa.