1/?

Ujian Kemurungan

Adakah Anda Mengalami Kemurungan?

Kebanyakan orang berasa sedih atau tertekan pada masa-masa tertentu. Ia adalah reaksi normal terhadap kehilangan atau cabaran hidup. Tetapi apabila kemurungan yang mengambil alih hidup anda dengan intensiti sederhana atau teruk, mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan dengan mendapatkan sokongan!

Adakah anda berasa seperti mempunyai mood yang rendah dan kehilangan minat dalam aktiviti? Adakah kemurungan anda menyebabkan anda berhenti menjalani kehidupan normal anda dan adakah semuanya kelihatan lebih sukar dilakukan? Ambil ujian ini untuk mengetahui sama ada anda mengalami kemurungan!

Adakah saya perlu mengambil ujian kemurungan ini?

Kami mereka bentuk 30 soalan yang membantu anda menentukan sama ada anda mungkin mengalami kemurungan atau tidak dalam ujian ini. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan pengalaman hidup dan kesukaran secar mental dalam kalangan orang yang mengalami kemurungan. Sila baca setiap soalan secara teliti, dan kenalpasti jika ada atau seberapa kerap anda mengalami pengalaman yang sama atau cabaran yang serupa dalam beberapa minggu yang lalu.

Seberapa tepatkah ujian ini?

Ujian ini bertujuan untuk memberi maklumat dan sebagai hiburan semata-mata. Gangguan kesihatan mental hanya boleh didiagnosis oleh penyedia perkhidmatan kesihatan atau doktor yang berlesen. Ujian ini tidak dicipta oleh mana-mana institusi perubatan rasmi dan tidak digunakan sebagai alat diagnostik klinikal untuk kemurungan. Namun, kami percaya bahawa penilaian ini boleh menjadi langkah pertama yang berharga ke arah mendapatkan rawatan. Jika anda ingin mendapatkn nasihat daripada profesional kesihatan mental berlesen, sila hubungi klinik tempatan yang berkaitan atau doktor setempat anda.

Apakah keputusan ujian kemurungan ini akan beritahu saya?

Kami akan menilai tahap kemurungan anda dan memberikan cadangan yang bersesuaian untuk membantu anda. Melalui ujian ini, anda akan lebih memahami tentang simptom-simptom yang berpotensi berlaku dan ayunan mood jika anda mengalami kemurungan pada tahap tertentu. Kemurungan boleh membuat anda merasa sepi, namun anda mempunyai ramai teman. Gangguan depresi utama (MDD), istilah klinikal untuk kemurungan, adalah salah satu keadaan kesihatan mental yang paling biasa berlaku, menjejaskan kira-kira 350 juta orang di semua peringkat umur. Anda seharusnya tahu bahawa kemurungan tidak sama dengan berasa sedih. Kemurungan adalah mindset yang lebih tetap dan berterusan berbanding merasa suram atau tidak bermotivasi dari semasa ke semasa. Dan ia memiliki asas fundamental dan biologi. Dengan atau tanpa keadaan tersebut, anda boleh mengmbil ujian ini sebagai langkah pertama kerana peduli dan meragui diri sendiri sebelum memutuskan untuk mencuba penilaian klinikal yang lain. Apa yang lebih penting, privasi anda adalah penting bagi kami. Semua keputusan adalah sepenuhnya awanama. Dengan itu, kami tidak menyediakan sebarang analisis statistik keputusan peserta.

Keperibadian dan Diri
Keputusan Saringan Kemurungan Kendiri Anda:
sedang dinilai...

Lagi
Simptom menunjukkan yang anda perlu mendapatkan bantuan segera. Jika anda mempunyai pemikiran membunuh diri, maka kami sangat menyarankan agar anda bercakap dengan seseorang yang mungkin boleh membantu. Hubungi rakan-rakan atau ahli keluarga anda. ATAU jika anda fikir mereka mungkin tidak dapat memahami keadaan anda, berbincanglah dengan doktor di kawasan anda. Beliau boleh membantu anda mengetahui pilihan yang anda ada, memahami masalah anda dengan lebih baik, atau hanya ada disitu untuk mendengar luahan anda.
Nampaknya anda sangat mungkin mempunyai simptom-simptom kemurungan. Anda harus berjumpa dengan profesional kesihatan mental untuk penilaian dan rawatan lanjut. Mendapatkan saringan perubatan profesional daripada doktor dikawasan anda dapat membantu anda mengetahui apa yang anda alami selama ini.
Keputusan anda menunjukkan yang anda mungkin mengalami simptom-simptom kemurungan yang sederhana. Berdasarkan jawapan-jawapan yang anda berikan, hidup dengan simptom- simptom ini boleh menyebabkan kesukaran dalam menguruskan hubungan, malah tugasan sehari-hari juga.
Keputusan anda menunjukkan yang anda tidak ada atau hanya ada sedikit simptom kemurungan. Rasa tiada mood, gemuruh atau tidak tenang adalah perasaan yang biasa di alami oleh kita semua. Adalah berguna jika anda boleh berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, kami sarankan agar anda memberi perhatian yang cukup terhadap kesihatan mental anda. Jangan ragu untuk mendapatkan bantuan profesional apabila anda merasakan ayunan mood anda keterlaluan.
Gangguan afektif bermusim atau Seasonal Affective Disorder (SAD) adalah sejenis kemurungan yang berkait dengan perubahan musim — SAD bermula dan berakhir pada masa yang hampir sama setia[ tahun. Jika anda sama seperti kebanyakn orang yang mempunyai SAD, simptom-simptom akan bermula pada bulan musim luruh dan berterusan hingga musim sejuk, menurunkan tenaga anda dan membuatkan anda rasa moody. Jangan biarkan dan anggap perasaan yang hadir setahun sekali itu sebagai "winter blues" atau kemurungan bermusim yang anda perlu kuatkan diri menghadapinya sendirian. Rawatan dapat membantu mencegah komplikasi, terutamanya jika SAD di diagnosis dan dirawat debelum simptom-simptomnya menjadi teruk.
Apabila anda melalui masa-masa sukar, adalah normal untuk merasa down untuk seketika, emosi seperti sedih dan duka membantu kita menjadi manusia. Walau apa pun yang anda lalui, anda akan baik-baik saja. Saya percaya anda anda akan mengatasinya seperti yang sebelumnya.
Fikiran Bunuh Diri
Teruk
Sederhana
Sedikit
Bermusim
Hanya Ayunan Mood