Ujian Usia Pendengaran

Berapakah Usia Pendengaran Anda?

Ini adalah ujian pendengaran. Ia akan memberitahu anda berapakan usia pendengaran telinga anda dan mendedahkan julat pendengaran anda. Julat purata bagi manusia adalah kira-kira 20Hz - 20,000Hz.

Jika anda memakain set kepala, sila tetapkan kelantangan pada paras rendah. Kami sarankan agar anda mencuba ujian ini beberapa kali sebelum anda selesaikan untuk menerima keputusan - pastikan kelantangan ditetapkan pada paran yang bersesuaian bagi mengelakkan telinga anda sakit atau merosakkan pendengaran anda.

*AMARAN: Jika anda pertama kali mangambil ujian ini, sila rendahkan kelantangan. Anda boleh mengambil ujian ini seberapa banyak kali yang anda mahu. Hanya pastikan bunyinya tidak menyakitkan telinga anda.

Apakah julat frekuensi pendengaran yang normal?

Manusia secara umumnya boleh mengesan bunyi pada frekuensi antara 20Hz hingga 22000Hz β€” Walaupun julat ini mengecil seiring dengan usia seseorang.

Julat frekuensi pendengaran mengikut umut

Menurut formula:
  • usia β‰ˆ 110 - frequency / 200
  • frekuensiβ‰ˆ 200 * (110 - usia)
Carta ringkas usia/frekuensi:
UsiaFrekuensi boleh dengar tertinggi (Hz)
9-2417200 - 20200
25-4413200 - 17200
45-649200 - 13200
65+< 9000

Adakah ujian pendengaran ini boleh dipercayai?

Ya jika anda tidak menggunakan peranti yang sangat lama.. Inilah sebabnya:

Tidak seperti kebanyakan ujian pendengaran atau video lain (contohnyaβ€œujian pendengaran echalk”), kami bukan sekadar memainkan beberapa fail atau video MP3. Kami mereka bentuk dan membangunkan ujian pendengaran ini dengan segala usaha kami. Bunyi yang anda dengar dijana secara pemprograman oleh teknologi tertentu (Pengayun elektronik) daripada komponen audio perkakasan moden dalam masa nyata. Ini bermakna frekuensi audio datang daripada sumber yang tepat sekiranya peranti anda menyokong teknologi sedemikian. Menurut penyelidikan kami, ujian ini berfungsi pada kebanyakan komputer moden, komputer riba, telefon pintar dan tablet. Walau bagaimanapun, jika anda sedang mencari nasihat perubatan, sila pergi ke hospital dan jangan sekali-kali bergantung pada sebarang ujian dalam talian.

Kami juga mengemas kini halaman ini dengan kerap jadi jika anda berminat dengan ujian pendengaran ini, sila letakkan bookmark halaman itu.

Ujian keupayaanUjian KebolehanOtakCabaranKesihatanPendengaranPersepsi Masa
sedang dinilai...

Lagi