Apakah Jenis Keterikatan Hubungan Yang Anda Bentukkan?
Jenis keterikatan biasa digunakan dalam psikologi untuk menilai ikatan yang menghubungkan kita dengan orang lain. Keterikatan mula terbentuk melalui hubungan yang kita miliki dengan ibu bapa kita semasa zaman kanak-kanak. Kita membawanya ke alam dewasa di mana ia mempengaruhi hubungan interpersonal kita. Jadi, apakah jenis keterikatan anda?
Ambil kuiz ini untuk mengetahuinya!
- Bagaimanakah anda huraikan hubungan anda dengan ibu bapa anda semasa anda masih kecil?Sangat baik. Saya percayakan mereka. Kami menghabiskan banyak masa bersama.Tidak baik. Mereka sering tiada di rumah jadi sukar untuk menghabiskan masa dengan mereka.Tidak begitu baik. Kadangkala mereka garang, yang membuatkan saya rasa sukar untuk rapat dengan mereka.Teruk. Saya rasa keliru tentang cara untuk menggembirakan mereka. Kadang-kadang mereka melayan saya dengan baik, di waktu lain mereka melayan saya dengan buruk.
- Jika telefon bimbit anda dicuri, adakah anda akan memberitahu ibu bapa anda?Ya, ia bukan salah saya. Daripada menyalahkan saya, mereka akan cuba membuat saya rasa lebih baik.Ya, tetapi mereka tidak akan buat saya rasa lebih baik.Tidak. Walaupun ianya bukan salah saya, mereka akan memarahi saya.Tidak. Saya tidak tahu bagaimana reaksi mereka.
- Jika telefon bimbit anda dicuri, adakah anda akan memberitahu ahli keluarga anda?Yes, mereka akan faham yang ianya bukan salah saya.Ya, tetapi mereka tidak akan buat saya rasa lebih baik.Tidak. Walaupun ianya bukan salah saya, mereka pasti akan menengking saya.Tidak. Saya tidak tahu bagaimana reaksi mereka.
- Adakah kawan-kawan anda rasa anda seorang yang senang bergaul?Ya. Semua kawan-kawan saya berkata begitu.Saya tidak fikir yang saya ada kawan baik.Tidak. Ramai orang fikir saya sukar untuk bergaul.Susah untuk dikatakan. Kawan-kawan saya rasa saya seorang yang beremosi.
- Jika anda bergaduh besar dengan kawan baik anda tentang sesuatu yang tidak selari dengan prinsip/kepercayaan anda, adakah anda akan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah itu?Ya. Saya rasa selagi kami boleh berbincang, kami boleh selesaikan masalah itu.Tidak. Saya akan tunggu dia mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah itu.Tidak. Saya tidak pandai mengurus konflik. Saya mungkin akan kehilangan kawan saya.Ia bergantung kepada mood saya.
- Anda tinggal dengan seseorang yang sangat rapat dengan anda. Dia sangat sibuk di tempat kerja. Tiba-tiba anda demam. Pada waktu itu, adakah anda akan meminta dia untuk pulang ke rumah dan menjaga anda?Saya memang akan buat begitu.Mungkin.Saya tidak akan buat begitu.Saya tidak pasti.
- Anda menjalinkan hubungan baru dengan seseorang yang sangat anda sukai. Suatu hari, anda berdua keluar menonton wayang bersama. Apabila ada babak pelakon sedang bercium, si dia tidak dapat menahan diri dan mencium anda. Apakah yang akan anda lakukan?Saya rasa gembira menerima ciuman.Saya akan rasa sedikit gementar, tetapi saya akan membalas ciumannya.Saya akan memalingkan wajah saya dan rasa sangat malu.Saya tidak tahu apa yang patut saya buat. Perasaan saya bercampur aduk.
- Adakah anda sentiasa rasa selamat apabila anda bertengkar dengan keluarga, rakan-rakan atau pasangan anda? Selamat di sini bermaksud anda tahu yang mereka tidak akan pergi meninggalkan anda.Ya, saya rasa sangat selamat.Ya, tapi saya fikir, merasa terlalu selamat dan rapat dengan seseorang, pada sesetengah masa, boleh memenatkan.Tidak, saya selalu rasa tidak selamat apabila saya rapat dengan seseorang.Sukar untuk dikatakan. Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.
- Adakah anda rasa bahawa menghabiskan masa bersama kawan-kawan anda, keluarga dan/atau pasangan anda adalah bahagian penting dalam hidup anda?Tentu sekaliKebanyakan masa, ya.Tidak juga.Sukar untuk dikatakan.
- Dompet dan telefon bimbit anda telah dicuri pada suatu malam musim sejuk. Adakah anda akan pergi ke kedai kecil di tepi jalan dan meminta bantuan?Tentu sekali.Sangat berkemungkinan.Mungkin tidak.Sukar untuk dikatakan. Bergantung kepada situasi.
- Adakah anda sering rasa bahawa anda tidak menjadi diri sendiri semasa anda berada di sekitar orang lain? Yang mana, jika mereka kenal diri anda yang sebenarnya, mereka tidak akan menerima anda lagi?SentiasaKadang-kadangTidak, tidak juga.Saya tidak tahu. Sukar untuk dikatakan.
- Adakah anda bersedia untuk menjadi penyokong yang boleh dipercayai kepada orang-orang yang anda sayangi yang sedang berdepan dengan kesusahan/bahaya?Ya, sudah tentu.Hanya jika ianya kecemasan.Saya tidak suka orang bergantung kepada saya.Sukar untuk dikatakan. Ia bergantung kepada situasi.