Kuiz Adakah Saya Suka Lelaki Itu

Ambil kuiz ini untuk mengetahui adakah anda ada 'crush' dengan si dia

Kita semua pernah ada crush pada seseorang di suatu masa dalam hidup kita dan perassan berbunga-bunga yang paling baik digambarkan sebagai 'rama-rama dalam perut' apabila kita berada dekat dengan si dia. Adakah anda rasa tertarik dan tak dapat lepas pandang kepada seseorang yang tertentu dan rasa tidak pasti sama ada anda mahu mengejar dan memupuk perasaan jatuh hati itu, atau berhenti saja? Ada beberapa perkara tertentu yang boleh membantu anda tentukan sama ada anda betul-betul suka seseorang itu ataupun tidak.

Ambil ujian ini dan jawab soalan yang diberikan sejujur yang mungkin! Dengan melakukan itu, ada boleh menentukan sama ada anda mahu teruskan atau tidak dengan rasa minat secara romantis anda pada seseorang itu!

Perhatian: Ujian ini hanya berkesan untuk orang yang anda kenal di dunia sebenar, jadi jangan ambil ujian ini untuk rasa minat terhadap selebriti!

Reviewed by Emily Mendez M.S., Ed.S.

Apa itu Kuiz Saya Sukakan Lelaki itu?

Arealme.com pada asalnya mencipta dan menerbitkan Kuiz Adakah Saya Sukakan Lelaki itu pada tahun 2020. Ia telah diambil oleh lebih daripada 500,000 pelawat sejak dimuatkan dalam talian, dan kami telah mengemas kini kuiz ini secara berkala berdasarkan maklum balas pengguna dan ulasan pakar.

Tujuan kuiz ini adalah untuk membantu anda menentukan tahap kasih sayang anda kepada seseorang. Kami akan bertanya kepada anda 15 soalan mudah dan kemudian menyediakan spektrum hasil untuk rujukan anda.

Seberapa tepatkah kuiz ini?

Sila ambil perhatian: kuiz ini adalah untuk tujuan maklumat dan hiburan sahaja. Penilaian diri dan kuiz kami adalah untuk keseronokan sahaja. Ia tidak dimaksudkan untuk menjadi pengganti kepada diagnosis profesional atau rawatan bagi sebarang keadaan kesihatan fizikal atau mental.

Walau bagaimanapun, kuiz ini akan memberikan pengertian umum mengenai pemikiran anda dan mengukur potensi hubungan antara anda dan orang yang berkenaan ("lelaki itu") berdasarkan hasilnya, walaupun ia tidak boleh diambil sebagai penilaian muktamad. Kami telah merancang pilihan soalan dan jawapan berdasarkan pandangan daripada pakar hubungan dan ahli psikologi untuk mencerminkan tanda-tanda kasih sayang dan hubungan yang sama. Walaupun tiada kuiz dalam talian yang boleh menentukan keadaan perasaan atau keserasian anda dengan orang lain itu dengan ketepatan 100%, terutamanya apabila banyak faktor rumit yang terlibat, kami berhasrat untuk memberikan tolok arah berdasarkan corak yang telah kami kenal pasti, yang mungkin menunjukkan potensi untuk hubungan yang bermakna. Sudah tentu, hanya anda yang boleh menyelami ke dalam diri anda untuk mencari kebenaran dalam hati anda - tetapi kami berharap kuiz ini dapat berfungsi sebagai titik permulaan untuk refleksi diri dan pertimbangan apa yang anda mahukan dalam interaksi dan hubungan anda dengan orang lain.

Hubungan
Tahap perasaan kamu pada lelaki itu adalah:
sedang dinilai...

Lagi
Bersedia untuk keputusan anda? Anda memang sukakan lelaki itu! Sebenarnya, saya terkejut anda masih rasa yang anda perlu mengambil ujian ini! Tertanya-tanya adakah dia suka anda kembali? Mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil kuiz "Adakah dia suka saya kembali" untuk melihat apakah kalian dicipta untuk satu sama lain. Semoga berjaya!
Anda mempunyai gambaran yang sangat jelas tentang jenis yang ideal, dan dia nampaknya sepadan dengan ciri jenis itu. Anda sangat tertarik kepadanya dan memikirkannya sepanjang masa. Saya harap kalian boleh jatuh cinta dan mempunyai pengakhiran yang bahagia. Semoga berjaya!
Anda mempunyai hubungan tetapi ikatan anda dengannya tidak cukup kuat untuk anda menjadi intim. Kadang-kadang anda tidak dapat menahan diri daripada bertanya kepada diri sendiri, bagaimana perasaan anda terhadapnya. Jadi... Adakah anda mahu mengambil langkah untuk maju ke hadapan? Apa kata hati anda?
Kalian baru sahaja bertemu atau belum berpeluang mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik lagi. Anda mungkin memikirkannya sekali-sekala, terutamanya apabila anda bercakap tentang seseorang yang anda gemari. Walau bagaimanapun, anda belum mempunyai keinginan yang kuat untuk menjalin hubungan dengannya.
Anda pasti tidak mempunyai apa-apa perasaan kepadanya. Saya tertanya-tanya mengapa anda memilih si dia itu untuk ujian ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk mencari orang lain yang sebenarnya akan membuat 'rama-rama' di perut anda bergetik.
Cinta Hati Hidup Anda
Jenis yang Sempurna
Jatuh Hati
Cuma Crush
Tak Peduli Perasan Romantik